fbpx

[VIDEO] Pesta kutip kerang sampai sesak pantai di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Terengganu mengambil kesempatan merasai fenomena kerang naik ke pesisir pantai selepas ombak besar melanda Pantai Sura, Dungun.

PETALING JAYA – Penduduk Terengganu mengambil kesempatan merasai fenomena kerang naik ke pesisir pantai selepas ombak besar melanda Pantai Sura, Dungun.

Dalam sebuah hantaran oleh pengguna TikTok, @sufiisoulhi, kelihatan ramai pengunjung tekun mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir, sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Pantai itu dipenuhi oleh orang dewasa dan kanak-kanak, masing-masing menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut yang melimpah.

Fenomena unik ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga, tetapi juga mencipta kenangan manis bagi penduduk setempat.

Hantaran itu meraih perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang meluahkan rasa teruja serta keinginan untuk merasai pengalaman tersebut.

“Dalam duka Allah hadirkan sesuatu. Happy (gembira) semua kutip kerang. Semoga yang baik juga hasilnya,” ujar Norhayati.

“Semalam nak pergi kutip kerang juga lepas asar tapi pergi dekat nak maghrib. Jalan jem gila, terpaksa patah balik,” luah Yati.

“Sedapnya. Jangan banyak sangat makan, karang terlebih darah,” usik Random. – KOSMO! ONLINE

@sufiisoulhi Fenomena Kerang naik ke pesisir pantai di Pantai Sura, Dungun. Muncul kerang selepas ombak besar. Ramai komuniti dungun tak lepaskan peluang #dungun #kerang #fyp #terengganu ♬ suara asli – 𝖄 𝖔 𝖌 𝖆 199X

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI