fbpx

Banjir: Mangsa Johor meningkat, 1,097 orang di 12 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN semasa banjir di Kampung Perpat, Sedili, Kota Tinggi masih ditenggelami banjir termenung.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit pada pukul 8 pagi ini kepada 1,097 mangsa berbanding seramai 1,092 orang yang direkodkan pada pukul 9 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, mangsa yang terdiri daripada 329 keluarga itu kini ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut beliau, empat daerah terjejas adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian.

“Kluang merupakan daerah paling terjejas dengan seramai 415 mangsa daripada 128 keluarga, diikuti Pontian (354 mangsa, 97 keluarga); Kota Tinggi (275 mangsa, 88 keluarga) dan Johor Bahru (53 mangsa, 16 keluarga.

“Sementara itu, Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan susulan dinaiki air banjir dan tiada jalan alternatif,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI