fbpx

Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Gara-gara selalu dihidangkan dengan makanan berproses seperti sosej dan nuget sejak dari kecil, seorang murid darjah dua hilang kedua-dua belah penglihatannya.

Berkongsi kisah malang itu, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr. Erna Nadia berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu murid terbabit berada di sekolah.

Jelasnya, murid itu secara tiba-tiba hilang penglihatan sebelum memberitahu guru kelasnya.

“Teacher, why cant I see anything? (Cikgu kenapa saya tidak dapat melihat apa-apa?). Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu, Cikgu terus hubungi keluarga dan terus murid ini dihantar ke hospital.

“Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, keputusan mendapati dia kekurangan Vitamin A yang teruk.

“Terduduklah keluarganya, sebabnya bila dietitian (pakar pemakanan) siasat, anak ini cuma makan processed foods (makanan berproses) sahaja iaitu nuget, sosej dan ‘cookies’ sejak dari bayi sampailah ke darjah dua,”kongsi di laman Facebook.

Erna berkata, kes itu berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan keluarga murid terbabit bukanlah berkerja biasa biasa.

“Buta ini tidak dapat dipulihkan, sebagai ibu, jika kita tidak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi cubalah beli makanan yang betul serta lengkap.

“Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu.

“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil-kecil pun mak, ayah, atok dan nenek bagi makanan biasa saja kan,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau ‘spot’ kelabu di mata putih.

Selain itu katanya, individu itu akan sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan menyebabkan kehilangan penglihatan.

“Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan ubi keledek,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI