fbpx

Banjir: 106 mangsa Terengganu masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebahagian rumah penduduk yang terjejas akibat fenomena air pasang besar dan ombak kuat di Kampung Cacar Lama, Paka, Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu akibat fenomena air pasang besar berkurang sedikit kepada 106 orang hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mereka yang terdiri daripada 29 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Dungun.

“Seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai, Kemaman.

“PPS Balai Raya Bandar Paka, Dungun pula mempunyai 14 mangsa daripada lima keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebuah lagi PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman pula telah ditutup sepenuhnya.

Beliau berkata, seramai 194 mangsa daripada 50 orang yang menghuni PPS tersebut sebelum ini telah dibenarkan pulang setelah fenomena air pasang besar yang menenggelamkan rumah mereka kembali surut.

Beliau berkata, pemantuan sedang dilakukam berikutan fenomena angin kencang dan air pasang besar dijangka berlarutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI