fbpx

Budak lelaki cedera kaki kiri tertusuk rim basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera kaki kiri akibat tertusuk besi rim basikal dalam kejadian di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud semalam.

KOTA BELUD – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera kaki kiri akibat tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian berkenaan pada pukul 5.23 petang.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertugas mendapati seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan ekoran kaki kirinya tertusuk besi rim basikal.

“Anggota bomba kemudian melepaskan rim basikal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI