fbpx

Individu ingin masuk Kelantan tidak perlu lagi jalani ujian swab dan pakai gelang merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menarik semula arahan pemakaian gelang merah jambu, ujian swab dan kuarantin kepada individu yang memasuki Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, penarikan semula arahan itu berikutan timbul masalah lain seperti barisan petugas kesihatan yang tidak mencukupi selain ia melibatkan kos yang tinggi kepada individu yang perlu membuat ujian itu di klinik swasta.

Katanya, keputusan itu juga dilakukan hasil perbincangan dengan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

“Sehubungan dengan itu,individu yang memasuki Kelantan tidak perlu lagi menjalankan prosedur itu.

“Bagaimanapun, kita berharap agar mereka yang ingin pulang ke kampung di negeri ini tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19 di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Teknikal Covid-19 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, individu yang datang dari luar Kelantan diwajibkan menjalani ujian swab sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Selain itu, individu yang berhajat untuk masuk ke Kelantan juga perlu membawa surat pengesahan ujian swab bersama surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI