PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-77 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat.
“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-77, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
“Mendoakan semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan,” katanya. – KOSMO! ONLINE