fbpx

210 pesakit Covid-19 tidak bergejala dirawat di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Izani pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seramai 210 pesakit Covid-19 yang tidak bergejala kini dirawat dan dikuarantin di rumah masing-masing dengan pengawasan serta pemerhatian (HSO) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, langkah itu berikutan jumlah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini tidak mencukupi untuk menampung bilangan pesakit buat masa ini.

Katanya, pesakit-pesakit itu terdiri daripada mereka yang tidak bergejala di Kota Bharu, Bachok, Jeli, Tumpat dan Tanah Merah.

“PKRC itu menyediakan sebanyak 120 katil manakala Kolej Kejururawatan di sini pula hanya mempunyai 36 katil untuk keluarga.

“Sehubungan dengan itu, kita bersetuju untuk menempatkan pesakit dirumah masing-masing dengan pihak hospital akan memantau dan menghubungi keluarga tersebut dari semasa ke semasa,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Teknikal Covid-19 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Menurut Izani, bagaimanapun, pihaknya juga akan memantau terlebih dahulu tahap keselesaan rumah pesakit itu sama ada ia bersesuaian atau tidak untuk menjalani tempoh kuarantin.

Katanya, pemantauan itu turut melihat aspek individu yang berisiko untuk dijangkiti Covid-19 seperti warga emas atau kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

Ujarnya, sekiranya didapati rumah itu tidak sesuai, pesakit-pesakit Covid-19 tetap akan ditempatkan di PKRC yang telah disediakan.

“Susulan daripada masalah kekurangan katil, kita bercadang untuk mencari beberapa dewan sesuai di negeri ini untuk menempatkan pesakit tersebut.

“Situasi penularan Covid-19 di Kelantan amat membimbangkan apabila sebanyak 1,032 kes telah dilaporkan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI