fbpx

Banjir di Johor semakin pulih, 1,860 mangsa masih di 17 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah (duduk tengah) menyantuni kanak-kanak mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SJKC Phu Sze di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Johor menunjukkan penurunan apabila terdapat seramai 1,860 mangsa yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri setakat pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding seramai 2,498 mangsa, pada pukul 8 pagi hari ini.

Katanya, empat daerah yang terjejas ketika ini adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan Kluang.

“Setakat pukul 4 petang ini, seramai 1,860 mangsa daripada 537 buah keluarga masih ditempatkan di 17 PPS yang dibuka akibat banjir seluruh negeri.

“Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan seramai 1,016 mangsa daripada 289 keluarga, diikuti Kluang (410 mangsa, 128 keluarga); Pontian (381 mangsa, 104 keluarga) dan Johor Bahru (53 mangsa, 16 keluarga),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, hanya satu sungai di negeri ini yang menunjukkan paras air pada tahap bahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang.

“Manakala Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi pula telah ditutup sepenuhnya ketika ini akibat banjir,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI