fbpx

Buruh binaan didakwa bunuh wanita Indonesia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Shimul Babu ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia, penghujung tahun lalu.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal, tertuduh, Md. Shimul Babu, 24, hanya mengangguk tanda faham namun tiada rekod pengakuan direkodkan.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa telah didapati membunuh Nurhayati, di sebuah bilik hotel bajet, Taman Mawar, Puchong di sini pada pukul 10.12 malam, 31 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh juga tidak mengaku memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.

Menurut pertuduhan, lelaki itu didapati memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, pada 3 Januari, 4.30 petang di Pejabat Polis Daerah Serdang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1995/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie berkata, tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Justeru itu, mahkamah menetapkan 14 Mac bagi sebutan semula kes.

Pada 3 Januari lalu, pihak polis telah menahan tertuduh bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita di dalam bilik hotel bajet di Taman Mawar Puchong di sini.

Dalam siasatan polis sebelum ini, lelaki yang juga merupakan kenalan kepada mangsa mengaku melakukan perbuatan itu disebabkan cemburu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI