PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang nanti.
Amaran tersebut dikeluarkan di negeri Perak melibatkan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Rompin.
“Hujan lebat dan ribut petir dijangka turut berlaku di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang.
“Keadaan sama dijangka berlaku di Johor iaitu di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.
Dalam pada itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di Sarawak iaitu di Miri (Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE