fbpx

Tiba masa wujudkan undang-undang khusus kawal pembiayaan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (tiga kanan) pada Persidangan Pembiayaan Politik Antarabangsa 2025 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ketiadaan undang-undang khusus yang mengawal pembiayaan politik mewujudkan jurang ketara yang meningkatkan risiko rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sudah tiba masa negara bangunkan pembiayaan politik yang teguh dan berkesan selaras dengan agenda reformasi Madani.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengehadkan perbelanjaan kempen dan penyediaan laporan perbelanjaan hanya terpakai kepada calon dan bukannya kepada parti politik.

“Parti politik juga tidak diwajibkan mendedahkan sumber pendanaan mereka,” katanya ketika memberi ucaptama di Politic Financial International Conference 2025 di sini hari ini.

Azalina berkata, parti-parti politik memerlukan dana yang besar bagi kos pengoperasian dan aktiviti yang dijalankan.

“Sebagai seorang ahli politik, saya akui politik memerlukan kos yang tinggi. Parti politik perli menggembleng sumber yang besar bagi menjalankan kempen, mengekalkan operasi pejabat, menjalankan penyelidikan, menganjurkan majlis dan mendidik masyarakat.

“Bagi memenuhi peranan sebagai watak utama dalam politik yang kompetitif, parti perlu memikirkan cara teliti bagi mengumpulkan dan menguruskan dana secara berkesan dan berintegriti,” katanya.

Justeru katanya, persidangan itu penting untuk dijadikan platform berdialog bersama pakar antarabangsa, pembuat dasar, pengawal selia dan parti politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI