fbpx

Kenyataan Guan Eng mengenai ekonomi negara tidak bertanggungjawab- Afif Bahardin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng diminta tidak menggunakan sentimen dan persepsi yang salah berkenaan kedudukan ekonomi negara.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Afif Bahardin berkata tohmahan bekas Menteri Kewangan itu ke atas kenyataan prestasi ekonomi negara oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Laporan MIDF Research menunjukkan bahawa Malaysia antara tiga buah negara di Asia Tenggara yang merekodkan aliran masuk pelaburan asing bersih. Ekuiti negara berjumlah RM326.1 juta yang dibeli oleh pelabur asing juga menunjukkan keyakinan para pelabur asing terhadap kestabilan pasaran ekonomi negara meskipun berdepan penularan pandemik Covid-19.

“Bursa Malaysia juga ditutup lebih tinggi sebanyak 1.53 peratus pada hari pengisytiharan darurat dilaksanakan dan melonjak 24.65 mata kepada 1,636.69 berbanding 1,612.04 pada hari PKP 2.0 diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, agensi penarafan Fitch Ratings juga meramalkan ekonomi Malaysia akan kembali kukuh pada kadar 6.7 peratus menjelang 2021 berbanding penguncupan 6.1 peratus pada tahun lalu.

“Penurunan rating Fitch Ratings merupakan satu situasi biasa berikutan seluruh dunia sedang berdepan kemelesetan ekonomi global dari segi aspek kelemahan pelaburan dan penurunan kedatangan pelancong,” ujarnya.

Ujar beliau, data dan fakta itu menyangkal dakwaan Guan Eng untuk mengelirukan rakyat selain mengganggu usaha kerajaan dalam menggerakka nsemula ekonomi negara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI