fbpx

Guru didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang guru lelaki sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan tahun enam, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Azhar Mohamad, 44, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi di sebuah sekolah rendah dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Januari 2025.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan menyara tiga anak berusia 7, 11 dan 13 tahun selain ibunya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mengganggu saksi pendakwaan, hadir setiap prosiding dan melapor diri sekali sebulan di balai polis berhampiran. Mahkamah menetapkan tarikh 17 Februari depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang guru positif dadah jenis methamphetamine ditahan selepas disyaki mencabul dua murid perempuan di dalam rumah hantu yang dibuka sempena Hari Karnival Sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI