fbpx

Bunyi kambing petunjuk rumah jiran terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuzzaman menunjukkan lokasi kebakaran mula berlaku di bahagian dapur rumah jirannya di Kampung Charuk Kapas, Kuala Pegang hari ini.

BALING – Bunyi bising dari kandang kambing menjadi petunjuk rumah jiran terbakar di Kampung Charuk Kapas, Kuala Pegang di sini semalam.

Khairuzzaman Shahadan, 39, berkata, kejadian pukul 9.15 malam itu berlaku ketika dia baru pulang dari tempat kerja sebagai pengawal keselamatan di Sik.

“Apabila sampai di rumah, saya terdengar kambing di kandang belakang rumah mengembek dengan bunyi pelik, lalu mengajak anak perempuan melihat keadaan kambing-kambing itu.

“Tiba-tiba anak menjerit ketakutan dan menunjuk api yang sedang marak di dalam rumah jiran di bahagian dapur. Saya cuba menarik paip air untuk memadam api, namun keadaan air paip yang perlahan menyebabkan usaha saya gagal,” kata.

Menurutnya, dia kemudian berlari mendapatkan pertolongan daripada ketua kampung dan jiran-jirannya untuk membantu dan seterusnya menghubungi bomba.

Mangsa, Normadiah Hassan, 64, berkata, ketika kejadian, anak lelakinya keluar bekerja, manakala dia dan anak perempuannya ke rumah anak lain di Alor Setar.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu rumah yang kami sewa selama dua tahun ini telah terbakar, apabila balik saya dapati semuanya telah hangus, tidak sempat menyelamatkan apa-apapun termasuk beberapa dokumen penting,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI