fbpx

‘Saya rasa semua peserta takut sangat dengan Liza Aziz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Syafinaz biarpun Liza sememangnya diakui hebat, namun peserta lain turut mempunyai potensi untuk menyainginya. - Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyarankan agar peserta-peserta lain tidak gentar dengan Liza Aziz.

Menurut Syafinaz, 53, biarpun Liza sememangnya diakui hebat, namun peserta lain turut mempunyai potensi untuk menyainginya.

“Saya rasa semua peserta takut sangat dengan Liza Aziz. Kita tahu dia memang penyanyi yang hebat. Tetapi tidak bermaksud anda tidak boleh beri saingan kepadanya. Setiap peserta saya lihat pada mulanya macam nak pergi, tiba-tiba mereka kelihatan seolah-olah tarik brek dan terlampau berhati-hati.

“Saya mahu beri semangat kepada semua peserta supaya mereka percaya bahawa mereka mampu lakukannya. Biarpun Liza sering mendapat tempat pertama, tetapi malam ini (semalam) telah membuktikan bahawa ada peserta yang boleh berada di atas Liza Aziz,” katanya kepada HibGlam.

Syafinaz turut melihat peserta lain seperti Sheila Abdul mempunyai potensi sama seperti Liza yang mendominasi persembahan hampir setiap minggu.

“Saya mahu memberi suntikan semangat kepada Sheila Abdul kerana sejak dari awal lagi saya pernah cakap dia antara peserta yang boleh memberi saingan. Jadi terus tekan minyak. Jangan takut-takut. Itu apa yang saya maksudkan.

“Jadi saya mahu semua peserta lupakan tentang Liza Aziz dan fokus pada diri mereka sendiri dan percaya mereka boleh lakukan dengan lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan setakat ini,” katanya.

Sepanjang lapan minggu GV11 bersiaran, Liza mendapat tempat pertama sebanyak lima kali. Malah, netizen juga berpendapat bahawa anak kepada Allahyarham seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar itu bakal bergelar juara kerana dia seolah-olah tiada saingan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI