fbpx

Tekun berjaya perbaiki kadar kutipan pinjaman tidak berbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (kanan) menandatangani plak merasmikan pejabat Tekun cawangan Sungai Siput di Medan Pesona, Sungai Siput hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

SUNGAI SIPUT – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya memperbaiki kutipan hutangnya apabila kadar peratus pinjaman tidak berbayar (NPL) dapat diturunkan kepada angka satu digit.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kadar NPL itu kini berada sekitar sembilan peratus berbanding sebelum ini melebihi 10 peratus.

Jelasnya, kejayaan itu adalah hasil usaha Tekun membina persefahaman dengan para peminjam atau usahawan untuk membayar semula pinjaman masing-masing.

“Kita katakan kepada mereka (peminjam) bahawa, kutipan semula itulah yang dapat memastikan kita boleh menyalurkan pembiayaan kepada usahawan-usahawan baharu. Maka mereka faham,” katanya semasa majlis pembukaan semula pejabat Tekun cawangan Sungai Siput di sini hari ini.

Sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Disember 2024, agensi pinjaman mikro tersebut telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 593,605 orang usahawan yang bernilai RM10.07 billion di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI