fbpx

Remaja hilang ketika bercuti di Genting dipercayai ikut kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang dilaporkan hilang di Genting Highlands sejak 12 hari lalu.

KUANTAN – Polis tidak menolak kemungkinan seorang remaja berusia 14 tahun yang hilang ketika bercuti di Genting Highlands dipercayai mengikut rakannya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan awal kes kehilangan mangsa sejak 12 hari lalu itu tidak melibatkan penculikan.

“Dia (mangsa) hilang pada 31 Disember 2024, dia tinggal di Ramin Apartment, kita terima laporan pada 3 Januari jadi siasatan masih diteruskan dan sehingga sekarang kita belum mendapat maklumat lanjut.

“Jadi saya minta masyarakat untuk memberikan informasi mengesan mereka dan jika ada apa-apa maklumat yang ada diminta segera salurkan kepada pihak polis sama ada di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong atau pun balai polis berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuantan di sini hari ini.

Menurut Othman mangsa, Nur Hidayatul Iman Abdullah,14, dilaporkan hilang sejak 31 Disember tahun lalu selepas kali terakhir dilihat di hadapan sebuah restoran di Genting Highlands.

Katanya, usaha mengesan mangsa yang beralamat di Pangsapuri Ramin Genting View giat dilakukan termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Dalam pada itu beliau berkata, polis juga masih giat mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands pada 28 Disember lalu.

Katanya mangsa, Tan Joon Tien,14, dilaporkan hilang di Brinchang, Cameron Highlands selepas mengikuti satu kumpulan keagamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI