fbpx

MHL: Hatrik bintang import lonjak NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGERI SEMBILAN (jersi merah) berjaya meraih kemenangan 5-1 ke atas Armed Forces pada aksi MHL di Seremban semalam. - NAZARUDIN SHAHARI 

SEREMBAN – Bintang import pasukan hoki wanita Negeri Sembilan (NS), Zuo Dandan mempamerkan aksi cemerlang dengan meledak hatrik yang menewaskan Armed Forces HT 5-1 dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 di Stadium Hoki Seremban 2 semalam.

Dandan dari China meletakkan Negeri Sembilan meledak jaringan kedua pasukan tiga minit sebelum suku kedua berakhir selepas rakannya, Nurul Qistina Mohamad Ridzwan menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Pasukan tuan rumah sebelum itu dikejutkan dengan gol awal Armed Forces ketika perlawanan baru sahaja memasuki minit kedua hasil jaringan Aina Zafifah Mohd. Razali yang bijak mencari ruang di depan pintu gol Negeri Sembilan.

Tidak lama kemudian, pasukan kendalian Shaiful Azli Abd. Rahman itu dihadiahkan pukulan stroke akibat kesalahan dilakukan pemain lawan dalam kawasan D yang disudahkan dengan baik oleh Peng Xueyi menewaskan penjaga gol Armed Forces, Siti Zalia Nasir pada minit ke-40.

Negeri Sembilan yang hanya mencatatkan keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama menentang Qnet Phoenix pada 4 Januari lalu terus melancarkan serangan ke kubu Armed Forces.

Hasilnya, Dandan berjaya menambah dua lagi jaringan pada minit ke 53 dan 59 melalui pukulan sudut penalti sekali gus meledak hatrik pertamanya musim ini.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan Qnet Phoenix turut berpesta jaringan membelasah Mutiara-MSSPP-PSHA-PKS Uniten dengan keputusan 6-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI