fbpx

Wanita maut dirempuh kereta di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang dirempuh kereta di lampu isyarat Permaipura di Kilometer 48.2 Jalan Alor Setar-Butterworth di Bedong malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta ketika berhenti di lampu isyarat Permaipura di Kilometer 48.2 Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Bedong malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.20 malam ketika hujan lebat, Siti Nortasha Abdullah, 30, yang menunggang motosikal jenis SYM Bonus maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang tidak bekerja sedang menunggu lampu isyarat untuk membelok ke kanan sebelum dirempuh Proton Wira dari arah belakang oleh pemuda berusia 24 tahun.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke hadapan dan terkena bahagian hadapan kereta jenis Honda City dipandu seorang buruh yang berada di laluan bertentangan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat, manakala pemandu dua kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pemandu kereta Proton Wira ditahan bersama kenderaannya untuk pemeriksaan lanjut dan keputusan ujian saringan air kencingnya negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI