fbpx

‘Kami sudah puas hadap banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHIZAT membersihkan kediamannya di Taman Mawai, Kota Tinggi selepas dilanda banjir sejak Jumaat.

KOTA TINGGI – Selama 20 tahun berdepan dengan situasi banjir, seorang penduduk di Taman Mawai di sini tiada pilihan terpaksa akur dengan keadaan itu.

Rahizat Abd Rahim, 49, berkata, dia sekeluarga terpaksa bertahan kerana tidak mampu untuk membeli kediaman baharu yang mana harganya begitu mahal pada masa kini.

Menurutnya dia membeli rumah rumah itu 20 tahun lalu dengan harga RM40,000 dimana kini harga pasaran rumah di taman tersebut sudah mencecah lebih RM100,000.

“Kami sudah puas hadap banjir. Di taman ini kadang-kadang kalau ‘bernasib baik’ setahun sampai dua kali banjir berlaku pada awal tahun dan hujung tahun kadang kala sekali sahaja setahun.

“Kami tidak boleh pindah anak-anak kecil lagi dan masih bersekolah jadi tak ada pilihan selain hadapi sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Mawai, Kota Tinggi.

Katanya penduduk masih belum dibenarkan pulang dan masih diminta menetap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga 15 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI