fbpx

Suami isteri redah 300 kilometer demi ‘laptop’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Facebook oleh Abu Hurairah Roslan.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri sanggup menempuh perjalanan sejauh kira-kira 300 kilometer menaiki motosikal dari selatan tanah air menuju ke ibu negara untuk mendapatkan bantuan sebuah komputer riba.

Menerusi perkongsian oleh Abu Hurairah di Facebook, wanita tersebut ingin melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga dengan mendapat pekerjaan yang lebih baik.

“Laptop isteri saya rosak, jadi saya nak tanya, dia layak tak dapat bantuan laptop? Dia sahaja yang pandai belajar, sebab itu saya beri peluang untuk dia sambung belajar,” kata suami wanita itu kepada Abu Hurairah.

Tersentuh dengan pertanyaan itu, Abu Hurairah kemudian membantu menyumbang laptop kepada pasangan itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap tindakan si suami yang memberikan sokongan penuh kepada isterinya demi masa depan yang lebih baik.

“Alhamdulillah, pasangan suami isteri yang saling melengkapi. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama,” tulis Fafa Abdullah.

“Masih ada lelaki yang baik hati dan suami penyayang seperti ini. Semoga usaha mereka diberkati,” kata Nur Zarifah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI