fbpx

Tiada bukti kukuh soalan SPM bocor – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tiada bukti kukuh berhubung kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa berlaku baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, SPM merupakan peperiksaan berimpak tinggi dan sebarang dakwaan kebocoran soalan perlu disiasat serta-merta.

“SPM ini adalah peperiksaan berimpak tinggi. Jadi soal keselamatan, soal kerahsiaan memang sangat dijaga.

“Jadi apa saja dakwaan berkaitan dengan bocor ini kita ambil secara serius dan mesti ditangani dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyampaian Cek Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 di sini, hari ini.

Fadhlina menegaskan kementeriannya telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan integriti kertas peperiksaan SPM terjamin, sekali gus tidak menjejaskan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan tersebut.

“Kita tidak mahu anak-anak terjejas dengan berita-berita atau khabar angin (kebocoran soalan) sebegini. Jadi saya tegaskan sehingga setakat ini kita telah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk memastikan soal integriti kertas peperiksaan SPM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI