fbpx

Kilang kain dikompaun, tipu buat PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mispani memeriksa seterika di ruang pembuatan baju harian yang masih panas dalam serbuan di sebuah kilang baju di IKS, Jasin di sini, hari ini.

JASIN – Cubaan pengusaha sebuah kilang menjahit pakaian cuba menipu penguat kuasa dengan mendakwa hanya beroperasi untuk menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) gagal selepas ‘kantoi’ seterika di ruang pembuatan baju harian didapati masih panas.

Dalam serbuan bersepadu diketuai pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin itu, kilang yang terletak di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Jasin berkenaan dikenakan kompaun dan diarahkan tutup serta-merta pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pengusaha kilang cuba mengaburi kesalahan dengan menunjukkan PPE yang sedang disiapkan, namun pemeriksaan lanjut mendapati seterika di ruang pembuatan baju harian masih dalam keadaan panas.

“Penghasilan PPE ini tidak memerlukan ia digosok, jadi sudah tentulah seterika ini digunakan bagi pembuatan pakaian harian yang turut dijalankan di kilang ini.

“Kita telah mengenakan kompaun dan mengarahkan kilang ini ditutup serta-merta sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 atau mengikut sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI