fbpx

Tren laju tahan cuaca paling ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA API CR400AF-G ini dapat menempuh perjalanan pada kelajuan tinggi pada suhu sejuk melampau.

NEGARA kuasa besar, China telah melancarkan kereta api berkelajuan tinggi yang direka untuk melalui perjalanan dalam iklim yang sangat sejuk.

Kereta api berkelajuan tinggi CR400AF-G itu dapat menempuh perjalanan pada kelajuan sehingga 350 kilometer per jam pada suhu serendah -40 darjah Celsius.

Dibangunkan dan dikendalikan oleh China State Railway Group, kereta api itu adalah milik kerajaan Negara Tembok Besar itu.

Keretapi api itu dilancarkan di Beijing pada 6 Januari lalu dan menempuh perjalanan di landasan berkelajuan tinggi menghubungkan ibu negara China itu dengan destinasi di bahagian timur laut termasuk bandar Shenyang dan Harbin yang terkenal dengan festival salji dan ais.

Pada satu posting di platform media sosial China WeChat, China Railway Beijing Group menerapkan beberapa komponen kereta api yang dioptimalkan untuk membantu menahan menempuh suhu dingin.

Laporan daripada China Daily, Pengarah Pusat Kereta Api Berkelajuan Tinggi China Railway Beijing Group, Zhou Song menjelaskan, CR400AF-G direka dengan teknologi baharu untuk sistem brek kereta api tersebut.

“Sekiranya kereta api ini berhenti selama satu jam di Harbin iaitu salah satu bandar paling sejuk di China, sistem brek akan mudah membeku.

“Tetapi sistem baharu itu akan membolehkan brek bergerak dari semasa ke semasa walaupun kereta api berhenti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI