fbpx

Seluar mana, seluar!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA orang lelaki tidak memakai seluar panjang di sebuah stesen kereta api bawah tanah di London. - Foto AFP

LONDON – Acara tahunan menaiki kereta api bawah tanah tanpa memakai seluar panjang kembali semula bersama fesyen berwarna-warni di London, lapor akhbar The Guardian semalam.

Sekumpulan lelaki dilihat di Stesen Newport Place di Chinatown sebelum menuju ke dalam kereta api dengan memakai seluar dalam atau seluar  pendek.

Sementara itu, terdapat sekumpulan wanita memakai seluar pelbagai warna di stesen Waterloo. 

Sekumpulan penumpang  lain berjalan menuruni eskalator. Mereka  kemudian merakam swafoto di dalam gerabak kereta api sambil mempamerkan pelbagai gaya.

Kebanyakan peserta tersenyum dan ketawa ketika menyertai acara percuma itu.

Terdapat juga seorang lelaki berpakaian kemeja putih, bertali leher hitam dan kot berwarna coklat tetapi tidak memakai seluar panjang.

Acara tahunan itu digambarkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan hanya untuk tujuan keseronokan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI