fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 80 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah yang rosak akibat dipukul ombak besar ekoran fenomena air pasang besar di Kampung Geliga Baru, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 80 orang melibatkan dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa daripada 23 keluarga terbabit terpaksa berpindah setelah rumah mereka terjejas akibat fenomena air pasang besar sejak kelmarin.

“Seramai 66 mangsa daripada 19 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Geliga Pantai, Kemaman.

“PPS Balai Raya Bandar Paka, Dungun pula mempunyai 14 mangsa daripada empat keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, langkah berjaga-jaga sedang diambil memandangkan kawasan pesisir pantai negeri ini dilanda fenomena angin kencang dan air pasang besar sepanjang minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI