JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan sebuah kereta api terpaksa memperlahankan pergerakannya kerana bimbang tidak muat untuk memasuki sebuah terowong di Silo, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik semalam.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial.
Dalam video tersebut, badan gerabak kereta api itu hampir mengenai dinding terowong sehingga menyebabkan ia bergerak amat perlahan.
Pengurus Undang-Undang Syarikat Kereta Api Indonesia (Kai) Daop 9, Cahyo Widiantoro menjelaskan, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang melakukan ujian terhadap sebuah kereta api baharunya.
“Kereta api itu boleh masuk ke dalam terowong tetapi terlalu dekat (dengan dinding terowong).
“Ujian itu dilakukan untuk memastikan aspek keselamatan kereta api,” ujarnya. – AGENSI