fbpx

Bekas Jurulatih Kawad Rela ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa nelayan mengangkat mayat Sidin yang terapung di muara Sungai Langat,Kampung Kelanang, Kuala Langat petang semalam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas dipercayai bekas jurulatih kawad Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditemui lemas di muara Sungai Langat, Kampung Kelanang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mayat, Sidin Osman,65, ditemukan dalam keadaan terapung pukul 5.30 petang oleh nelayan lain yang melalui kawasan tersebut.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jeti Nelayan Kampung Kelanang sebelum diserahkan kepada adik kandung mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah turun ke laut bagi menjaring ikan secara sendirian sebelum bot dinaiki dipercayai terbalik.

“Pemeriksaan awal turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan menjelaskan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI