fbpx

‘Mereka tak berenggang hingga akhir hayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Hamzah dan Rahimah bersama tiga anak mereka yang masih kecil.

PEKAN – Lima beranak yang maut dalam nahas ngeri di Rompin dikatakan begitu rapat dan tidak berenggang ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka di Kampung Sepauk di sini sebelum kejadian.

Mereka yang maut ialah Hamzah Zahari, 52; isteri, Rahimah Awang Muda, 38, dan tiga anak Ainul Mardhiyah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4.

Sepupu Rahimah, Azlina Alias, 42, berkata, mereka kelihatan seolah-olah menghabiskan masa di dunia bersama buat kali terakhir.

“Saya suka lihat mereka ketika makan kerana baik sungguh, duduk rapat-rapat bersama. Saya terkejut dengan kejadian itu ke­rana mereka tidak menunjukkan apa-apa perubahan langsung.

“Kami rapat kerana sering berjumpa kerana rumah saya berdekatan dengan kediaman ibu Rahimah. Dia selalu singgah di situ selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah,” katanya yang menyifatkan arwah sangat baik.

Ibu Rahimah, Semek Muda, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis sambutan hari jadi cucunya di rumahnya menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Sehari sebelum kejadian, kami berkumpul untuk sambut hari jadi anak saudara Rahimah. Arwah baik dan ceria serta sering berhubung dengan saya.

“Tak sangka mereka pergi dahulu tetapi saya reda,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai di sini.

Abang Rahimah, Mohd. Yusof, 41, berkata, kehilangan adiknya begitu dirasai kerana dia rapat dengan anak-anak Allahyarham.

“Semalam (kelmarin), saya sempat menggosok-gosok kepala dua anak lelaki dan mereka sepatutnya tidur di rumah saya malam tadi (semalam),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI