fbpx

Penduduk tangkap lelaki cuba cetus kebakaran di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN yang berlaku dekat Mandeville Canyon, Los Angeles semalam. - Foto AFP

WASHINGTON – Beberapa penduduk sebuah kawasan perumahan di Los Angeles menahan seorang lelaki selepas dia dilihat terhendap-hendap di sekitar jalan dengan membawa penunu bagas atau alat pembakar ketika kebakaran hutan sedang marak, lapor laman berita Daily Star semalam.

Kumpulan lelaki itu menangkap lelaki tersebut dan mengikat tangan suspek dengan zip plastik sehingga polis tiba. 

Menurut seorang penduduk, Peter Kay, dia ialah orang pertama yang melihat suspek memegang penunu bagas dan menyelongkar sesuatu berhampiran tong sampah pada petang Khamis lalu.

Kay kemudian mengekori suspek dengan keretanya sehingga melihat lelaki itu cuba menyalakan api berhampiran hartanah lain dan menjerit kepada jiran-jiran untuk membantu, lapor akhbar Telegraph.

Sebilangan penduduk keluar dari rumah mereka sebelum menolak lelaki itu dan menahannya dengan mengikatnya menggunakan zip plastik sebelum polis tiba.

Kejadian itu berlaku apabila beberapa kebakaran yang dahsyat melanda kawasan berhampiran perumahan penduduk tersebut selama beberapa hari dengan memusnahkan lebih 10,000 bangunan dan menyebabkan lebih 15 orang maut.

Polis sedang menyiasat kebarangkalian kebakaran di Kenneth iaitu bahagian barat Lembah San Fernando, dimulakan oleh suspek dengan sengaja. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI