fbpx

Pembangunan akar umbi tanggungjawab kelab Liga M – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad kebangsaan ketika ini kekurangan pemain pelapis di peringkat remaja yang berkualiti. Foto hiasan ihsan FAM

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) mengambil langkah proaktif dalam usaha mencungkil bakat-bakat muda pemain tempatan.

Tunku Mahkota Ismail berkongsi perkara terbabit sebagai menjawab persoalan salah seorang pelayar laman X yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal dalam membentuk pemain di peringkat akar umbi.

Namun, Tunku Mahkota Ismail yang juga bekas Presiden FAM mempertahankan badan induk tersebut kerana menganggap kelab-kelab Liga M perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan bakat muda dapat dibentuk dengan lebih teratur.

“Pembangunan di peringkat remaja adalah tanggungjawab kelab, bukan FAM. Apa yang FAM dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) perlu lakukan adalah memastikan kejohanan di peringkat akar umbil lebih kompetitif.

“Selain itu, semua kelab (Liga M) perlu ada pusat latihan yang lengkap.

“Memang senang nak salahkan FAM, tetapi apabila kita mula salahkan diri sendiri (di peringkat kelab), ketika itulah bola sepak akan berubah di Malaysia dan mereka (kelab) perlu tingkatkan standard ini,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan dilihat terlalu berkata bergantung kepada bakat di Sekolah Sukan di seluruh negara atau Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam melahirkan bintang bola sepak.

Buat masa ini, hanya satu kelab Liga M iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memiliki pasukan di pelbagai peringkat lapisan umur yang bernaung dibawah Akademi JDT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI