fbpx

Norway mahu bina ribuan kubu perlindungan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah kubu bawah tanah di Norway. - Norwegian Travel

OSLO – Norway akan membina beribu-ribu kubu perlindungan bom ketika kerajaannya membentangkan lebih 100 cara untuk menjamin kesiagaan awam dalam berdepan senario terburuk peperangan, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Kerajaan Norway berkata, pembinaan kubu bawah tanah di semua bangunan baharu sedang dilakukan untuk mengatasi ketidaktentuan yang melanda benua Eropah berhubung langkah seterusnya Presiden Russia, Vladimir Putin.

Norway berjiran dengan Russia dan Ukraine, yang ketika ini saling berperang.

Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam Norway, Emilie Enger Mehl berkata, perlindungan tambahan itu diperlukan disebabkan ancaman serangan yang semakin meningkat pada masa hadapan.

“Terdapat lebih banyak ketidakpastian di sekeliling kita. Kita mesti menjaga orang awam sekiranya berlaku senario terburuk ketika peperangan atau serangan bersenjata,” katanya kepada stesen penyiaran awam, NRK.

Undang-undang yang akan diperkenalkan memerlukan mana-mana kompleks bangunan yang melebihi 1,000 meter persegi membina kubu bawah tanah.

Amalan membina kubu bawah tanah menjadi keutamaan negara itu selama bertahun-tahun sebelum ia dihentikan pada tahun 1998.

Sementara itu, dua tempat perlindungan berasingan akan dibina dengan salah sebuahnya adalah bagi melindungi penduduk daripada senjata kimia atau radioaktif.

Rancangan itu bagaimanapun perlu diluluskan melalui Parlimen sebelum ia dilaksanakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI