fbpx

‘Bukan sokong ‘child free’ tapi nak kejar PhD dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julia berkata dia tidak mahu orang salah anggap bahawa dia dan suami mahu mengamalkan konsep 'child free'.

PETALING JAYA – Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, pelakon Julia Farhana akui turut mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sendiri.

Namun kata Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 31, dia dan suami, Dr Che Hafiz merancang untuk mendapatkan zuriat apabila betul-betul bersedia.

“Saya merancang untuk sambung belajar ke peringkat Master dan seterusnya PHD. Jadi tempoh untuk saya tamat belajar mengambil masa dalam empat tahun.

“Saya juga akan terlibat dalam penggambaran drama. Suami saya pula akan bergelar doktor pakar tidak lama lagi. Jadi kami akan sama-sama sibuk.

“Jadi soal anak memang kami merancang. Sambung belajar sangat-sangat memenatkan,” katanya ketika ditemui di Anugerah Nona Superwoman 2024 baru-baru ini.

Tambah Julia lagi, dia tidak mahu orang salah anggap bahawa dia dan suami mahu mengamalkan konsep ‘child free’.

“Tidak pernah terlintas sama sekali untuk mengamalkan konsep sebegitu. Saya seorang yang sangat teruja untuk menjadi seorang ibu. Tetapi seperti yang saya katakan sekarang ini bukanlah waktu yang sesuai.

“Saya pernah terkena jangkitan Influenza A sewaktu di Italy baru-baru ini. Ketika itu saya terfikir macam mana kalau saya hamil. Pasti akan merisikokan bayi saya.

“Ketika itu saya sedar saya perlu lakukan setiap perkara satu persatu. Demi menjaga kestabilan kesihatan saya dan juga suami kerana dia juga akan sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor,” kongsinya.

Untuk rekod Julia dan Dr Che Hafiz berkahwin pada Disember 2022. Dr Che Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Lufya dan memiliki seorang anak perempuan, Laana Haura, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI