fbpx

Damok, Zaqhwan ke trek WSBK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMOK mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 di MotoGP memberinya kelebihan di perlumbaan WSBK.

PELUMBA muda negara, Syarifuddin Azman terus melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa apabila beralih ke Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda bermula musim 2025.

Syarifuddin yang lebih dikenali dengan nama panggilan Damok, memiliki pengalaman berharga di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 sebelum perjalanan kariernya bersama MT Helmets-MSi Team terhenti pada musim 2023.

Namun, Damok kemudiannya kembali ke tanah air untuk beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) Racing Team.

Pengalaman luas yang dimiliki Damok di pentas Asia dan MotoGP menarik perhatian MIE Racing, yang mengundangnya untuk beraksi dalam kategori WorldSSP untuk menggantikan tempat Khairul Idham Pawi.

“Sebenarnya, saya agak terkejut dengan tawaran ini kerana tidak menjangkakan untuk menyertai perlumbaan WorldSSP tahun ini. Saya sudah lama menerima tawaran tersebut, tetapi terpaksa menolaknya pada awalnya kerana memberi tumpuan kepada ARRC.

“Saya dimaklumkan bahawa saya dibenarkan untuk bersaing dalam kedua-dua perlumbaan, ARRC dan WorldSSP. Dari situ, saya melihat ada manfaat besar untuk saya mengambil bahagian dalam dua perlumbaan berbeza ini.

“Sasaran saya tahun ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan jentera dengan lebih baik dan mengumpul sebanyak mungkin pengalaman di atas jentera 600cc di WorldSSP. Pengalaman ini akan saya manfaatkan di ARRC untuk menjadi lebih kompetitif bersama pasukan Boon Siew,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain Damok, bekas juara Asia, Mohd Zaqhwan Zaidi turut menyertai pasukan milik Midori Moriwaki untuk beraksi dalam kelas perdana WorldSBK, menggantikan pelumba negara, Adam Norrodin. Zaqhwan akan bergandingan dengan Tarran Mackenzie dari Great Britain untuk menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI