fbpx

Percepatkan Projek Tebatan Banjir – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kota Tinggi, hari ini

KOTA TINGGI – Kerajaan negeri mengarahkan Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor dan Sungai Pemandi yang kini sedang dilaksanakan dipercepatkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia kerana pelaksanaan projek tebatan itu mampu mengurangkan impak banjir yang sering melanda negeri itu.

“Saya diberi taklimat mengenai tiga Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor dan Sungai Pemandi yang kini berada dalam fasa pelaksanaan di daerah Kota Tinggi.

“Saya telah mengarahkan pihak berkenaan agar mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan ini bagi mengurangkan impak banjir yang sering melanda negeri Johor.

“Isu ini harus ditangani dengan segera dan lebih serius agar kejadian banjir yang sama tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz menyantuni dan menyampaikan sumbangan bencana kepada mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) Kota Tinggi.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata MetMalaysia memaklumkan gelombang kedua hujan berterusan dijangka berlaku di Johor bermula 15 hingga 18 Januari ini.

“Justeru, saya menyeru seluruh bangsa Johor agar terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di Johor berjalan lancar,” jeasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI