fbpx

120 pelatih sertai PLKN 3.0 siri pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 120 pelatih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama 2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih terbabit termasuk 13 individu yang hadir secara secara ‘walk-in’ pada sesi pendaftaran hari ini.

“PLKN 3.0 Siri 1/2025 menerima 80 pelatih lelaki dan 40 pelatih wanita berumur antara 18 hingga 25 tahun. PLKN 3.0 Tahun 2025 akan dimulakan dengan tiga siri di dua kem berbeza.

“PLKN 3.0 Siri 2/2025 akan dilaksanakan pada 11 Mei hingga 24 Jun 2025, manakala PLKN 3.0 Siri 3/2025 akan dilaksanakan pada 7 September hingga 21 Oktober 2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah,” kata kenyataan itu hari ini.

Mindef berkata, Program PLKN 3.0 Siri 1/2025 merupakan wadah pembentukan generasi baharu yang mempunyai semangat patriotisme, mengamalkan nilai-nilai murni, memupuk semangat perpaduan dan menanamkan semangat kesukarelawan.

Kata Mindef, sepanjang program PLKN 3.0, pelatih akan diberikan pendedahan terhadap latihan fizikal, mental dan sivik iaitu modul-modul latihan mengintegrasikan 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.

Mindef berkata, bagi modul Latihan Asas Ketenteraan, para pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani dan kemahiran kepimpinan.

“Manakala modul Komponen Kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI