fbpx

Operasi Tabika Perpaduan ditutup sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah berdasarkan trend kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Penutupan ini juga mengambil kira pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari lalu serta keputusan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 18 Januari lalu.

“Kesemua murid Tabika Perpaduan di seluruh negara akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan medium komunikasi secara online, mulai esok,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menegaskan langkah-langkah itu bertujuan membantu mencegah penularan wabak Covid-19 di samping memastikan sesi pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak dapat diteruskan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI