fbpx

Alexander-Arnold tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNOLD (kanan) kembali berada pada tahap terbaik apabila meledak satu gol dalam aksi Piala FA kelmarin. - LFC

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot gembira melihat impak yang dipamerkan oleh pemain pertahanan sensasi, Trent Alexander-Arnold selepas membantu pasukan menewaskan Accrington Stanley 4-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Anfield itu, Arnold berjaya menutup mulut pengkritik apabila meledak satu gol menarik dengan tiga lagi jaringan disumbangkan oleh Diogo Jota, Jayden Danns dan Federico Chiesa.

Menurut Slot, pemain pertahanan England itu kini kembali berada pada prestasi terbaik selepas dikritik hebat oleh penyokong ekoran prestasi hambar ketika seri 2-2 bertemu seteru tradisi, Manchester United awal bulan ini.

“Kita tahu Arnold tidak berada pada prestasi yang diharapkan ketika menentang United tetapi secara keseluruhan, dia bermain dengan konsisten sepanjang musim ini termasuk aksi kali ini.

“Malah, dia berjaya menjaringkan gol yang luar biasa dan saya percaya penyokong juga sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya di atas padang. Harap momentum tersebut dapat dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Slot turut teruja apabila pemain sayap dari Itali, Chiesa menamatkan kemarau jaringan apabila meledak gol pertama sejak menyertai The Reds daripada Juventus pada Ogos lepas.

“Ini adalah permulaan tahun yang baik oleh Chiesa selepas sering bergelut dengan kecederaan sebelum ini. Namun, harus diingat lawan kita adalah Accrington Stanley dan harap semua pemain tidak terlalu mendabik dada,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI