fbpx

Pertahanan Chelsea seperti penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADARABIOYO (tengah) menyumbangkan dua gol buat Chelsea menewaskan Morecambe 5-0 semalam. - FA EMIRATES CUP

LONDON – Aksi lebih meyakinkan di separuh masa kedua menyaksikan Chelsea meneruskan kemaraan ke pusingan keempat saingan Piala FA selepas membelasah Morecambe 5-0 di Stamford Bridge semalam.

The Blues yang beraksi sebagai tuan rumah menjaringkan gol masing-masing menerusi dua jaringan Tosin Adarabioyo dan Joao Felix, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh penyerang, Christopher Nkunku.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca gembira dengan kemenangan itu dan menganggap barisan pemainnya sentiasa memandang serius setiap perlawanan, tidak kira dalam pertandingan apa sekali pun.

“Saya sangat lega dan gembira kami catat kemenangan kerana itulah perkara paling penting. Aksi yang ditampilkan pada perlawanan malam ini membuktikan betapa serius dan profesional pemain-pemain kami.

“Tosin (Adarabioyo) cukup bertuah kerana dia memiliki ruang yang banyak untuk melakukan percubaan. Pemain-pemain lawan banyak berkampung dalam kotak penalti, jadi hanya dia yang mampu buat percubaan itu,” katanya.

Sementara itu, Maresca turut menjelaskan tindakannya mengeluarkan Reece James dan Romeo Lavia di separuh masa kedua kerana bagi menjaga tahap kecergasan kedua-dua pemain itu yang baru pulih daripada kecederaan.

“Idea saya adalah untuk memastikan keadaan mereka pulih satu demi satu tahap, terutamanya Reece (James). Perkara paling positif adalah mereka berdua dapat bermain selama 45 minit hari ini (semalam),” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI