fbpx

Penalti Kane selamatkan reputasi Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan Bayern ke atas Gladbach awal pagi tadi. - AFP

MONCHENGLADBACH – Sepakan penalti babak kedua daripada Harry Kane mengesahkan kemenangan tipis 1-0 Bayern Munich ke atas Borussia Monchengladbach pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi tadi.

Kemenangan itu melebarkan penguasaan Bayern di puncak Bundesliga dengan kelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat yang juga juara bertahan di tangga kedua, Bayer Leverkusen selepas mengharungi 16 perlawanan.

Biarpun mendominasi sepenuhnya perlawanan dengan melakukan 23 percubaan keseluruhan berbanding Gladbach yang langsung tidak mencabar dalam aksi itu, namun Bayern gagal mengambil kesempatan tersebut.

Kesilapan pertahanan Gladbach, Lukas Ullrich menjatuhkan Michael Olise dalam kotak penalti ketika permainan berbaki 20 minit lebih membolehkan Bayern memenangi perlawanan menerusi sepakan penalti Kane pada minit ke-68.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany nyata tidak gembira dengan situasi berkenaan meskipun memenangi tiga mata berharga untuk terus berada di tangga teratas.

“Kemenangan adalah sesuatu yang melegakan tetapi sejujurnya kami boleh menang lebih daripada dua gol dalam perlawanan ini.

“Kami sudah melakukan segala-galanya tetapi pihak lawan bertahan dengan bagus. Mereka berjaya patahkan deretan peluang yang kami ada hari ini,” katanya.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut termasuk menang 6-0 ke atas RB Salzburg pada aksi persahabatan minggu lepas sejak tewas 1-2 kepada Mainz bulan lalu yang meleburkan rekod tanpa kalah mereka di pentas Bundesliga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN