fbpx

Kerja keras sedang dibuat atasi kelewatan MyDigital ID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind Singh Deo hadir ke program Jelajah Malaysia Digital@Perak anjuran Kementerian Digital di Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Kerja keras sedang dilakukan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek MyDigital ID yang mengalami kelewatan sehingga dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Disember tahun lalu.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengakui terdapat sedikit cabaran dalam pelaksanaan tersebut terutama ia melibatkan pelbagai kementerian.

“Kita sedang mengusahakannya, ini adalah sesuatu yang kita fokuskan. Kita buat yang terbaik untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Mesyuarat 4IR seterusnya ialah pada 12 Februari depan. Kita sekarang sedang bekerja keras untuk hal ini,” katanya selepas merasmikan Jelajah Malaysia Digital@Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangan terkini pelaksanaan dua projek transformasi digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.

Pada awal Disember lalu, Anwar kecewa terhadap kelewatan dua projek tersebut semasa Mesyua­rat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara.

Inisiatif MyDigital ID yang diumumkan oleh Anwar pada November 2023 hanya mencatatkan lebih 1.2 juta pengguna berdaftar selepas setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI