fbpx

Tiga lemas: ‘Ada masa cuti, mereka luang masa pergi memancing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mendiang Lee Choy Yeow ketika dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Kota Tinggi selepas dituntut ahli keluarganya tengah hari tadi.

KOTA TINGGI – Tiga lelaki yang ditemui mati lemas di Ladang YPJ, Ulu Sedili, di sini selepas kereta dinaiki terbabas sebelum dihanyutkan arus deras air banjir dalam kawasan ladang YPJP Sedili di sini sering meluangkan masa keluar memancing bersama.

Kenalan mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 50, berkata, mereka yang memiliki hobi yang sama selalu menghabiskan masa memancing pada hari cuti.

Katanya, memandangkan musim monsun dan tidak sesuai mancing di laut, mereka dikatakan masuk ke kawasan ladang tersebut untuk memancing.

“Mereka semua memang suka memancing. Bila hari cuti mereka akan berjumpa luangkan masa memancing bersama. Namun difahamkan mereka tidak tahu kawasan ladang itu dinaiki air.

“Saya sendiri takut lihat video tempat kejadian yang ditunjukkan kawan. Air sangat tinggi memang menakutkan, ” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kemalangan itu, tiga sahabat dikenali sebagai Lee Fook Wan, 48, Lee Choy Yeow, 49, dan Leong Kon Fatt, 72, lemas selepas trak pikap Toyota Land Ceuiser dinaiki terbabas ke dalam parit sebelum dibawa arus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI