fbpx

Sindiket seleweng 3,000 liter petrol tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDN merampas sebanyak 120 tong mengandungi cecair petrol berjumlah 3,000 liter yang diseleweng untuk pasaran gelap, Khamis lalu.

SEMPORNA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan bahan api bersubsidi dengan merampas 3,000 liter petrol selepas menyerbu sebuah stesen minyak menerusi Op Tiris 3.0 pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Semporna, Dr Jong Jee Leong berkata, modus operasi sindiket dengan menggunakan lori serta mengisi minyak petrol di beberapa stesen minyak sebelum dikumpulkan dan diedar di pasaran gelap.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua lori berkenaan menemukan sebanyak 120 tong mengandungi cecair petrol dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 3,000 liter.

“Sebuah lori disyaki membawa minyak petrol disita bagi tujuan siasatan lanjut dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 53,369,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI