fbpx

Hilang di Putra Perdana, Noor Amni ditemui dekat masjid Ampang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Amni.

SEPANG – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Putra Perdana sejak Khamis lalu ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa ditemui bersama rakan perempuannya yang juga orang hilang (OH) yang dilaporkan hilang di Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tiada unsur jenayah dikesan.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Noor Amni Nazaranee kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya pagi ini.

“Sejak dilaporkan hilang, mangsa bersama rakan perempuannya dikatakan pernah berada di Putrajaya, Shah Alam, Cheras dan terakhir di kesan di Ampang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Noor Amni dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Bandar Bukit Puchong, Putra Perdana sekitar pukul 5 petang Khamis lalu.

Mangsa dilihat keluar dari rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke rumah rakan di Lavender Terrace Puchong Prima, Taman Puchong Prima sebelum ke Putrajaya untuk berjoging.

Sejak seminggu lalu, tiga kes OH dilaporkan di daerah ini membabitkan remaja berusia 14 hingga 18 tahun,namun mangsa berjaya ditemui dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI