fbpx

Pajak hasil ragut kepada bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Taktik licik seorang peragut ‘memajak’ hasil jenayah terutama telefon bimbit kepada bapa saudaranya sendiri terbongkar apabila ditangkap di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Penahanan suspek lelaki berusia 21 tahun itu dilakukan pukul 6.30 petang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek terlebih dahulu terlibat dalam kes ragut beg tangan seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 18 tahun pada pukul 3 petang hari sama di Kampung Idaman, Pandamaran.

Katanya, sewaktu kejadian beg tangan yang berisi sebuah telefon bimbit jenis iPhone 7Plus diletakkan mangsa di dalam raga motosikal jenis Honda Future ditungganginya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian itu,

“Bertindak hasil maklumat, polis kemudiannya menahan suspek di dalam rumahnya di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang sebelum menahan bapa saudara berusia 43 tahun kira-kira 45 minit kemudian di Pandamaran.

“Kita turut merampas beberapa barangan termasuk lima buah telefon bimbit masing-masing jenis Oppo, Samsung dan Iphone 7 daripada kedua-dua mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI