fbpx

Marikh dapat dilihat dari bumi bersinar mulai Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marikh.

PUTRAJAYA – Setelah kali terakhir berlaku pada 8 Disember 2022, Marikh sekali lagi berada dalam kedudukan bertentangan dari matahari dan segaris bumi awal Khamis ini.

Sumber falak tempatan berkata, fenomena setiap 26 bulan itu yang turut dikenali sebagai istiqbal bakal menyaksikan planet tersebut terang disinari penuh oleh cahaya matahari.

“Sewaktu kejadian ini, imej Marikh dapat dilihat dari bumi sebagai cukup cerah jika dibandingkan semasa ia berada di kedudukan yang lain,” katanya beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Awal bulan ini, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi hantaran infografik menerusi laman sosial rasminya memaklumkan mengenai peristiwa unik itu sebagai rujukan awam.

Istiqbal tersebut dijangka berlaku pada pukul 9.17 pagi waktu Malaysia selain dapat dicerap di ruang langit malam sepanjang bulan ini sehingga Julai depan.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, ketika fenomena nadir itu, jarak Marikh dari bumi dianggarkan 96,229,000 kilometer dengan kadar kecerahan -1.38 magnitud.

“Untuk tahun 2025, planet itu sebenarnya berada jauh dari matahari atau lazim disebut aphelion dan kelihatan sedikit kecil berbanding istiqbal yang terjadi sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI