fbpx

3 maut kereta hanyut redah banjir di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menemui salah seorang mayat tiga mangsa yang lemas dalam kejadian kemalangan di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Tiga lelaki ditemui mati lemas selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan dihanyutkan ketika meredah banjir di Ladang YPJ, Ulu Sedili di sini, petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 petang.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Lee Choy Yeow, 49, Leong Kon Fatt, 72, dan Lee Fook Wan (umur belum dikenal pasti).

Katanya, Pasukan Keluar Operasi (PKO) dikejarkan ke lokasi kejadian dan apabila tiba mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan terbabas ketika mengharungi air banjir di kawasan ladang kelapa sawit.

“Pada masa kejadian, dua rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal dan berjaya membawa keluar satu mangsa dari kenderaan yang tenggelam. ,amakala dua lagi masih hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Syukri berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman dan menemui mangsa kedua kira-kira pukul 11.10 malam, manakala mangsa ketiga dijumpai pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi di sini untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI