LOS ANGELES, California – Kawasan kejiranan Palisades di Los Angeles dilanda ‘firenado’ atau pusaran api pada malam kelmarin ketika kebakaran hutan besar-besaran mencetuskan malapetaka di rantau tersebut, lapor akhbar New York Post.
Menurut seorang ahli meteorologi untuk laman berita Fox, Cody Braud, fenomena itu berlaku akibat pusaran di atas permukaan tanah apabila angin mula berkumpul bersama.
Pada kebiasaannya, pusaran api disalah anggap sebagai puting beliung yang terbentuk dari awan ke daratan.
Namun sebaliknya, ia mula terbentuk di permukaan tanah sebelum naik ke bahagian atas.
“Kadang-kadang sukar untuk melihatnya kerana ada masanya ia berpusar di dalam api. Mungkin lebih banyak pusaran api di kawasan itu yang tidak dapat dikesan,” kata Braud.
Beberapa kawasan di Los Angeles mengalami kebakaran berskala besar sejak Selasa minggu lalu sehingga mengorbankan 11 orang, manakala punca kejadian berlaku masih belum diketahui. – AGENSI
BREAKING:
🇺🇲 🔥 Fire tornadoes are now forming in LA
Massive fire tornadoes are now forming amid the California wildfires. pic.twitter.com/BZ8jCnB218
— Megatron (@Megatron_ron) January 11, 2025