fbpx

Terengganu kembali dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali dilanda banjir gelombang seterusnya dengan Kampung Geliga Pantai, Kemaman mula terjejas berikutan fenomena air pasang besar dan hujan melanda malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

“PPS berkenaan mula diaktifkan pada pukul 9 malam tadi dan menjadi satu-satunya yang beroperasi di negeri ini setakat ini.

“Buat masa ini, seramai 13 dewasa termasuk dua warga emas dan tiga kanak-kanak berada di PPS itu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, pemantauan terus dilakukan memandangkan kebanyakan kawasan di negeri ini masih hujan.

Sebelum ini Terengganu telah dilanda empat gelombang banjir sejak bulan November lalu dengan terbaharu berakhir pada 31 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI